Sunday, 6 April 2014

  • Hoki : Kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara 2014

    type='html'>
    Selepas menghadapi kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2014, pasukan Hoki Malaysia akan meneruskan persiapan menghadapi Hoki Piala Dunia 2014 dengan menyertai kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara 2014 yang dijadualkan berlangsung dari 26 April 2014 hingga 4 Mei 2014 di Kuantan, Pahang. Kejohanan ini akan disertai oleh 8 pasukan dengan Malaysia selaku tuan rumah. 7 negara lain yang mengambil bahagian ialah New Zealand, Korea Selatan, Ireland, Jepun, Kanada, Afrika Selatan dan Poland.

    Selepas mempamerkan aksi cemerlang di Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2014, pasukan Malaysia di bawah bimbingan Ketua Jurulatih, Dharma Raj Abdullah pastinya akan menggunakan sepenuhnya kejohanan ini mempersiapkan pasukan negara menghadapi Hoki Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda nanti. Pada pandangan Bual Sukan, ramuan pemain berpengalaman serta pemain-pemain muda pastinya dapat membentuk sebuah pasukan yang mantap di masa depan.

    Berikut adalah 8 negara yang akan menyertai Kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara 2014 akan datang :


    View the original article here

  • 0 comments:

    Post a Comment

    Copyright @ 2013 Portrait Sukan.