Kehangatan perlumban musim baru Formula Satu telah pun bermula dengan perlumbaan pertama berlangsung di Australia pada 16 Mac 2014. Perlumbaan pertama musim ini menyaksikan pelumba Jerman, Nico Rosberg dari pasukan Mercedes muncul sebagai juara diikuti oleh 2 pelumba McLeren Mercedes iaitu pelumba baru mereka dari Denmark, Kevin Magnussen manakala rakan sepasukan dari Britain, Jenson Button di tempat ketiga.
Malang menimpa juara bertahan Sebastian Vettel apabila gagal menamatkan perlumbaan apabila terkeluar di pusingan ke 54 manakala rakan sepasukannya Daniel Ricciardo yang menamatkan perlumbaan di tangga kedua dibatalkan kerana kesilapan teknikal. Perlumbaan seterusnya dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia pada 30 Mac 2014 akan datang.
Berikut adalah keputusan perlumbaan pertama Formula 1 GP Australia 2014 :
1. Nico Rosberg (Jerman/Mercedes)
2. Kevin Magnussen (Denmark/McLaren Mercedes)
3. Jenson Button (Britain/McLaren Mercedes)
4. Fernando Alonso (Sepanyol/Ferrari)
5. Valterri Bottas (Finland/Williams Mercedes)
6. Nico Hulkunberg (Jerman/Force India Mercedes)
7. Kimi Raikkonen (Finland/Ferrari)
8. Jean-Eric Vergne (Perancis/STR Ferrari)
9. Daniil Kvya (Russia/STR Ferrari)
10. Sergio Perez (Mexico/Force India Mercedes)
0 comments:
Post a Comment