Monday, 14 April 2014

  • Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Liga Super 2014 - 4 & 5 April 2014

    type='html'>
    Pusingan pertama Liga Super 2014 akan menamatkan tirainya dengan 2 perlawanan berlangsung pada 4 April manakala 4 lagi perlawanan berlangsung pada 5 April 2014. Pasukan pendahulu yang juga juara Piala Malaysia 2013, Pahang pastinya ingin meneruskan momentum kemenangan bagi mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super. 2 pasukan tercorot, ATM FA dan Perak pastinya ingin bangkit seterusnya mengelakkan dari tersingkir ke saingan Liga Premier 2015 akan datang.

    Berikut ialah keputusan perlawanan Liga Super 2014 yang berlangsung pada 4 dan 5 April 2014 :

    4 April 2014 (Jumaat)

    Sarawak lwn Terengganu (1-3)
    Sarawak : Rashid Aya
    Terengganu : Zairo Anuar Zailani, Dabo, Nor Farhan Muhammad

    PKNS FC lwn Johor Darul Ta'zim FC (1-1)
    PKNS FC : Patrick Ronaldinho Wleh
    JDT FC : Mahali Jasuli

    5 April 2014 (Sabtu)

    Kelantan lwn ATM FA (1-0)
    Kelantan : Shawky Yazid

    Perak lwn Selangor (0-1)
    Selangor : Paolo Rangel

    T-Team lwn Pahang (0-2)
    Pahang : Matias Conti, Zesh Rahman

    Sime Darby FC lwn Singapore Lions XII (0-2)
    Lions XII : Safuwan Baharuddin, Khairul Amri 

    View the original article here

  • 0 comments:

    Post a Comment

    Copyright @ 2013 Portrait Sukan.