Monday, 28 April 2014

  • Bola Sepak : Jadual Perlawanan Separuh Akhir Piala FA Inggeris 2013/2014

    type='html'>
    Kejohanan bola sepak Piala FA Inggeris musim 2013/2014 telah memasuki fasa separuh akhir di mana 4 pasukan iaitu Arsenal, Wigan Athletic, Hull City Tigers dan Sheffield United telah mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir. Paling mencuri tumpuan adalah kekalahan pasukan pilihan utama iaitu, Manchester City kepada juara bertahan yang juga kelab Liga Kejuaraan, Wigan Athletic dengan keputusan 1-2.

    Dengan tersingkirnya Manchester City, pasukan Arsenal pastinya menjadi pilihan untuk meraih kejuaraan Piala FA Inggeris musim ini apabila dijadualkan bertemu pasukan Wigan Athletic. Namun begitu, tidak mustahil pasukan Wigan Athletic mampu melakar kejutan seperti mana mereka menewaskan Manchester City dalam saingan suku akhir. Satu lagi separuh akhir menemukan pasukan Hull City Tigers yang diundi bertemu Sheffield United. 

    Pada pandangan Bual Sukan, pasukan Arsenal dan Hull City Tigers pastinya menjadi pilihan mara ke perlawanan akhir. Namun begitu kejutan pasti berlaku sekiranya cabaran Wigan Athletic dan Sheffield United dipandang mudah. Berikut adalah jadual perlawanan separuh akhir Piala FA inggeris 2013/2014 yang dijadualkan berlangsung pada 12 dan 13 April 2014 akan datang :

    Arsenal vs Wigan Athletic

    Hull City Tigers vs Sheffield United

    View the original article here

  • 0 comments:

    Post a Comment

    Copyright @ 2013 Portrait Sukan.