Thursday, 1 May 2014

  • Bola Sepak : Piala Asia 2015 Australia

    type='html'>
    Undian peringkat kumpulan pusingan akhir Piala Asia 2015 Australia akan berlangsung pada 26 Mac 2014 di Sydney Opera House. Piala asia 2015 Australia ini merupakan kejohanan anjuran konfederasi bola sepak Asia atau AFC di mana kejohanan ini adalah buat kali ke-16 penganjurannya. Sebanyak 16 pasukan akan merebut kejuaraan Piala Asia 2015 Australia yang dijadualkan berlangsung pada 15 hingga 31 Januari 2015. Juara Piala Asia 2015 Australia ini akan mewakili AFC ke kejohanan Piala Konfederasi FIFA 2017 yang akan berlangsung di Russia.

    Sehingga kini, sebanyak 15 pasukan telah mengesahkan kemaraan manakala 1 lagi pasukan adalah pasukan yang muncul juara Piala Cabaran AFC 2014 Maldives yang akan berlangsung pada bulan Mei 2014 akan datang. 16 pasukan ini akan dibahagikan kepada 4 kumpulan melibatkan 4 pasukan. Berdasarkan kedudukan semasa ranking FIFA, pasukan tuan rumah Australia merupakan pasukan terbaik AFC diikuti oleh pasukan Iran dan Juara Bertahan, Jepun. 

    Berikut adalah kedudukan pasukan dalam 4 balang undian Pusingan Akhir Piala Asia Australia 2015 akan datang :

    Balang 1 : Australia, Iran, Jepun, Uzbekistan

    Balang 2 : Korea Selatan, UAE, Jordan, Arab Saudi

    Balang 3 : Oman, China, Qatar, Iraq

    Balang 4 : Bahrain, Kuwait, Korea Utara, Juara Piala Cabaran Asia 2014   

    View the original article here

  • 0 comments:

    Post a Comment

    Copyright @ 2013 Portrait Sukan.