Malam ini pasukan Harimau Malaya akan bermain dalam perlawanan terakhir pusingan kelayakan Piala Asia 2015 Australia menentang pasukan Yemen. Perlawanan dijadualkan berlangsung di Stadium Tahnoun Mohammed, Al-Ain, UAE pada jam 10 malam ini. Perlawanan ini merupakan perlawanan kedua di bawah kendalian Ketua Jurulatih sementara pasukan negara, Datuk Ong Kim Swee selepas perlawanan persahabatan antarabangsa menentang pasukan Filipina The Azkals pada 1 Mac 2014 yang lalu di mana ia berkesudahan dengan keputusan seri 0-0.
Pasukan Harimau Malaya berada di kedudukan ranking ke 150 dunia manakala pasukan Yemen pula berada di kedudukan ke 186 ranking dunia FIFA. Peluang pasukan negara untuk mara ke peringkat akhir Piala Asia 2015 Australia selaku pasukan ketiga terbaik dilihat tipis namun begitu dalam bola sepak apa-apa pun boleh berlaku. Pasukan negara berada di kedudukan ketiga Kumpulan d setelah sekadar mencatatkan 1 kemenangan, 1 seri dan 3 kali tewas. Datuk Ong Kim Swee tetap optimis mengenai peluang pasukan negara dan mengharapkan pasukan Harimau Malaya mencatat kemenangan dengan pasukan Yemen.
Walaubagaimanapun, masalah ketumpulan jentera serangan pasukan negara perlu sedia diatasi segera bagi memastikan jaringan dapat dihasilkan. Pada pandangan Bual Sukan, anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee mampu mencatat kemenangan dalam perlawanan ini sekiranya jentera serangan mampu melakukan penyudah serta menyempurnakan peluang yang terhidang di depan gawang pasukan Yemen. Semoga Harimau Malaya mampu melakukan sesuatu yang membanggakan penyokong setia pasukan negara.
0 comments:
Post a Comment