We Help You To Renovate Your Blogger Blog With Awesomeness!

Thursday, 29 May 2014

  • Lukaku ke Atletico dan Costa ke Chelsea


    Lukaku atau lebih di kenali dengan Loan Star mencipta nama di kelab yang di pinjamkan untuknya bermain dan bukan kelab asalnya Chelsea.

    Pelik, Mourinho tidak mempedulikannya walaupun tahu Lukaku amat lah tajam dari Torres yang sentiasa confuse dengan pintu gol.



    Kini, demi mendapatkan Costa, dan Atletico tidak akan rugi, Mourinho telah membuat tukaran Lukaku dengan Costa. Adakah Lukaku akan terus menghampakan Mourinho kerana tdak mempedulikannya?

    View the original article here

  • Wednesday, 28 May 2014

  • Keputusan "Adakah anda setuju jika Paulo Rangel menyarung jersi Harimau Malaya?"

    Dengan ini, Stylo Sport mengumumkan keputusan penuh undian mengenai "Adakah anda setuju jika Paulo Rangel menyarung jersi Harimau Malaya?" seperti berikut:

    63% (126) pengundi bersetuju dengan cadangan tersebut
    37% (74) pengundi tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

    Komen:
    Nampak gayanya ada yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Bagi aku keputusan ini boleh dikatakan sebagai pembuka mata bagi kami di Stylo Sport mengenai isu yang dibangkitkan. Apapun, terima kasih atas undian kalian semua. Harap anda semua akan tetap bersama STylo Sport dalam mengikuti perkembangan semasa bola sepak seantario dunia.

    Terima kasih.

    -luis Garcia-

    View the original article here

  • Kelab Aston Villa untuk dijual..

    Bro, ini bukan aku nak troll sesiapa pun, tapi ini betul-betul.

    Diberitakan bahawa kelab ternama England, Aston Villa akan dijual. Disebab apa, aku pun tak pasti.
    Yang pasti, pemiliknya, Randy Lerner telahpun memaklumkan kepada umum akan hasratnya yang terkini.







    Randy Lerner
    Wartawan BBC, Pat Murphy juga telah mengesahkan perkara tersebut,. " Proses ini mungkin mengambil masa." tegasnya lagi.


    Aston Villa mengalami musim yang kurang memberangsangkan pada musim 2013-2014 di tempat ke 15. Malah masa depan pengurusnya, Paul Lambert masih lagi dapat dipastikan.

    So, kepada yang kaya di Malaysia ini, tolong jangan beli yer. Kalau korang beli, mesti relegate punya musim hadapan, macam Cardiff City dengan QPR..

    hahahhahaha

    -luis Garcia-


    View the original article here

  • Tuesday, 27 May 2014

  • Jurulatih Harimau Malaya di umum Jun ini




    Persatuan Bolasepak Malaysia telah mengesahkan bahawa mereka akan memperkenalkan jurulatih baru untuk Harimau Malaya pada bulan Jun, dan di kalangan calon-calon untuk jawatan itu adalah bekas Jerman antarabangsa Gert Engels.



    Naib Presiden FAM Datuk Subahan Kamal, mengesahkan bahawa bekas jurulatih Mozambique adalah salah satu daripada calon-calon yang FAM telah ditemuramah, tetapi dia masih belum mengesahkan sama ada jurulatih baru akan tempatan asing.



    Menurut Bernama , Subahan berkata, "Kami telah menemuramah beberapa calon , seperti Gert Engels dari Jerman. Walau bagaimanapun kami akan memanggil sidang akhbar pada bulan Jun untuk memperkenalkan jurulatih baru.



    "Terdapat tiga atau empat nama tetapi kita perlu menunggu hingga Jun tahu sama ada kita akan mengupah tempatan jurulatih asing untuk membawa Harimau Malaya, " katanya.



    Sejak Datuk K. Rajagopal meninggalkan jawatan itu pada bulan Disember, banyak nama-nama telah dikaitkan dengan kerusi panas itu dengan tugas membawa bola sepak Malaysia kembali ke zaman kegemilangan itu.



    Beberapa nama yang telah dikaitkan adalah bekas pemain pertahanan Perancis Marcel Desailly , bos bekas Thailand Peter Reid , David O'Leary, Zdenek Zeman dan Bobby Houghton . Beberapa jurulatih tempatan yang telah dikaitkan dengan jawatan itu adalah Dollah Salleh dan Azraai Khor.



    Pada masa ini, jurulatih Malaysia U- 23 Datuk Ong Kim Swee adalah ketua jurulatih sementara untuk pasukan kebangsaan , dan akan mengendalikan semua perlawanan antarabangsa sebelum ketua jurulatih yang baru tiba pada bulan Jun.

    View the original article here

  • Monday, 26 May 2014

  • Hadiah perpisahan untuk Vidic..


     
    Sudahlah perlawanan semalam merupakan perlawanan terakhir untuk Nemaja Vidic, dapat pulak hadiah yang terbaik sebelum meninggalkan Manchester United.

    Hahhahaha..



    Tak mengapa. Vidic nie memang kuat orangnya. setakat berdarah macam tue, biasa la tue. Orang Serbia katakan...

     Bagaimanapun, Manchester United seri 1-1 dengan Southampton hasil jaringan Juan Matta. Dan tahniah kepada Manchester United sekali lagi kerana tidak layak ke saingan Piala Eropah musim hadapan.

    Heheheheh...

    -luis Garcia-

    View the original article here

  • Sunday, 25 May 2014

  • Fuck France and fuck Deschamps!





    Kesat sungguh ayat dari teman wanita Samir Nasri ni. Ye la kan. Nak buat macam mana. Nasri tidak tersenarai dalam skuad France. Maknanya tak dapat la nak pergi Brazil lama-lama.



    Di fahamkan Nasri terlibat dengan masalah disiplin dan Deschamps terpaksa mengeluarkannya.



    Petikan Twitter Anara


    View the original article here

  • Saturday, 24 May 2014

  • Bye Bye La Liga - Real Madrid.

    Selamat tinggal La Liga.

    Itulah yang boleh peminat-peminat Real Madrid katakan pada masa kini. Dengan tertewasnya Real Madrid kepada pasukan Celta Vigo, ini bermaksud kejohanan La Liga terletak pada Atletico dan Barcelona sahaja.

    Kini, Real Madrid berada pada kedudukan ketiga dengan mata keseluruhan 84 mata. Walaupun Real menang pada perlawanan terakhir, mereka masih tidak dapat memintas Atletico dengan 89 mata. Yang lebih menarik, perlawanan terakhir ditentukan melalui perlawanan terakhir antara Atletico dan Barca.

    Kalau Atletico menang atau seri, mereka juara La Liga. Barcelona pula mesti menang untuk mendapatkan kejuaraan. Real Madrid pulak, perlu beli pemain yang mahal lagi musim depan untuk menang La Liga.

    Hahahhaha...

    Nampak sangat apabila Ronaldo cedera, Real Madrid tempang dibahagian serangan. Walaupun mempunyai Bale dan Benzema namun serangan masih tumpul. Ingat tak masa Real seri tempoh hari, siapa yang menjaringkan gol? Ramos tau. Kan Ramos tue pertahanan. gol pun melalui tendangan percuma.

    Maknanya kalau dalam perlawanan terbuka, dan Real bermain tanpa Ronaldo, maknanya, kelab bawahan boleh sahaja menewaskan Real Madrid.

    Apapun, apa yang aku boleh ucapkan kepada peminat-peminat Real,cari penyerang yang sempoi tau untuk musim hadapan. Dan terkini, aku dengar ada khabaran angin yang Real ingin menyambar Suarez untuk musim hadapan. Berapa? 87 juta untuk batal contrak sahaja tau... Harga sebenar tak tahu lagi.


    hehehheheh...







    Penentu kejuaraan La Liga
    -luis Garcia-

    View the original article here

  • Friday, 23 May 2014

  • Ashley Cole bersara..

    Setelah nama deliau tidak tersenarai dalam 23 pemain Engalnd untuk ke Brazil, Ashley Cole kemudian mengumumkan persaraan dalam arena antarabangsa. Dengan 107 cap bersama England, Cole dilihat tidak lagi menjadi pilihan Roy Hodson yang lebih memilih bintang muda, Luke Shaw dan Baines untuk posisi pertahanan kiri.


    Cole terpaksa mengakui pilihan Roy yang dilihat lebih memilih pemain-pemain muda untuk dibawa kekejohanan berprestij di Brazil nanti. Antara nama pemain-pemain muda yang lain adalah Luke Shaw (19), Barkley (20),  Phil Jones (22), Jordan Henderson (23), Jack Wilshere (22), Raheem Sterling (19), Alex Oxlade-Chamberlain (20) and Danny Welbeck (23.




    View the original article here

  • Thursday, 22 May 2014

  • 20 Tahun bersama Chelsea


    John Terry kini menandatangi kontrak 1 tahun bersama Chelsea dan akan melengkapkan tahun ke-20 nya bersama Chelsea.

    Terry bersama Chelsea sejak tahun 1995 dan kalau ikut teorinya kira kontrak sampai pencen la. Pemain berusia 33 tahun ini juga bersetuju dengan gaji berjumlah £150,000 seminggu lebih rendah dari gaji pada tahun 2013 iaitu sebanyak £175,000.



    View the original article here

  • Thursday, 15 May 2014

  • Selepas Moyes?






    Selepas Ryan Giggs mengambil alih tempat United, rasanya peminat United mengharapkan lagenda itu akan terus mengemudi United. Di tambah pula dengan Class of 92 yang kini menjadi jurulatih bagi memperkuatkan kredibiliti Giggs dan memperoleh kepercayaan peminat.







    Tetapi setelah keputusan untuk mengekalkan Giggs sebagai Ketua Jurulatih tidak akan berlaku, kini, saka-saka Moyes yang berkeliaran di United akan di hapuskan.




     Terbaru, Phil Neville dan Chris Woodward akan di nyahkan dari United bagi menghapuskan saka-saka Moyes.




    Dan dengan keputusan menandatangani Van Gaal, maka tiada lagi Class of 92 mahupun segala Class yang ada. Mungkin yang tinggal Kelassss Ko Jah......hehehe....

    View the original article here

  • Wednesday, 14 May 2014

  • Sergio Aguero: 'Saya tetap akan bermain pada perlawanan akhir ini'




    Sergio 'Kun' Aguero menegaskan bahawa beliau tetap mahu diturunkan pada perlawanan akhir EPL menentang West Ham United biarpun sedang berdepan masalah kecederaan.

    Aguero yang merupakan antara penjaring terbanyak Manchester City ketika ini dikatakan bergelut untuk kembali cergas dalam perlawanan akhir ini. Aguero tidak begitu menonjol dalam EPL musim ini kerana dilanda kecederaan, dan kebanyakan goal Manchester City disumbangkan oleh Yaya Toure yang begitu cemerlang.


    Ready for the run-in: Aguero (second right) jogs in training with Pablo Zabaleta (right) and Alvaro Negredo

    Super Duper Sunday pada ahad ini pasti menarik kerana Manchester City bakal melebarkan sayap untuk muncul juara EPL buat kali kedua dalam tempoh 3 tahun.

    Aguero yang menjaringkan goal dramatic ketika bertemu QPR 2 tahun lalu, menegaskan bahawa kali ini beliau mahu menjadikan hari yang bermakna itu berulang kembali pada hari Ahad ini.


    Ready to go: Edin Dzeko prepares for training at City's Carrington training ground

    Pellegrini dalam temu ramah berkata, ''kesemua pemain saya cergas sepenuhnya menjelang perlawanan akhir EPL ini. Ia penting bagi saya sebagai seorang pengurus untuk memilih pemain dan mengatur strategi''.

    Detik game terakhir ni pasti menarik. Manchester City 95% akan menjadi juara EPL bagi admin. Namun, West Ham United bukan pasukan picisan. Pasti ada sesuatu yang akan dilakukan oleh Big Sam untuk cuba menjadikan game kali ini sebagai 'upset' terhebat. Siapa tahu kan? Bola itu bulat~

    -bergkamp-



    View the original article here

  • Skuad England untuk Piala Dunia 2014


    Terkini, Roy Hodgson telahpun megumumkan 23 pemain England untuk kejohanan Piala Dunia di Brazil nanti. Apa yang menarik adalah tiada Ashley Cole dalam pasukannya dan lebih memilih pemain-pemain muda untuk mewakili England.


    Sungguhpun Hodgson dilihat seperti memenuhi hasrat dan impian peminat-peminat England. Semoga hasrat dan impian Engalnd tercapai dengan skuad kendalian Hodgson ini. Berikut adalah senarai penuh pasukan England.


    Skuad England:  
    Penjaga gol: Fraser Forster (Celtic), Ben Foster (West Bromwich Albion), Joe Hart (Manchester City).

    Pertahanan: Leighton Baines (Everton), Gary Cahill (Chelsea), Phil Jagielka (Everton), Glen Johnson (Liverpool), Phil Jones (Manchester United), Luke Shaw (Southampton), Chris Smalling (Manchester United).

    Pemain Tengah: Ross Barkley (Everton), Steven Gerrard (Liverpool), Jordan Henderson (Liverpool), Adam Lallana (Southampton), Frank Lampard (Chelsea), James Milner (Manchester City), Alex Oxlade-Chamberlain (Arsenal), Raheem Sterling (Liverpool), Jack Wilshere (Arsenal).

    Penyerang: Rickie Lambert (Southampton), Wayne Rooney (Manchester United), Daniel Sturridge (Liverpool), Danny Welbeck (Manchester United).

    Calon simpanan: John Ruddy (Norwich City), Jon Flanagan (Liverpool), John Stones (Everton), Michael Carrick (Manchester United), Tom Cleverley (Manchester United), Andy Carroll (West Ham United), Jermain Defoe (Toronto FC).


    Ada jugak calon simpanan erk.. Macam nak exam PTD la pulak.

    Hahahhahaha

    -luis Garcia-

    View the original article here

  • Terima Kasih Semua - Stylo Sport

    Akhirnya, keluar jugak entry untuk hari ini. Dah 2 hari aku cuti. Bukan tak ada idea, tapi tak sempat. Banyak pulak aktiviti aku sehari dua nie. Malam nie baru free sikit. So, aku menaip serba sedikit apa yang aku rasa dan yang terbuku dihati.

    Pertama-tama sekali, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembaca-pembaca Stylo Sport. Mewakili sidang krew Stylo Sport, kami pun tak sangka blog ini begitu mendapat sambutan ramai. Walaupun masih baru kira-kira baru berusia 3 bulan, jumlah bilangan penonton sangat mengagumkan dan telahpun mencecah angka 100,000 penonton  pada 8 Mei 2014 yang lalu.






    Bukan nak berbangga atau riak. Tapi aku pasti, Stylo Sport bakal menjadi wadah rujukan para pencinta sukan tanah air dan kami akan terus memberikan yang terbaik kepada anda semua.



    Doakan istiqomah kami berpanjangan. 



    InsyaAllah..



    Luis Garcia..

    Wakil krew Stylo Sport... Membawakan drama khas segar dari padang.

    View the original article here

  • Skuad Mexico bagi Piala Dunia kali ini



    Mexico announces World Cup squad

    Ketua jurulatih Mexico Miguel Herrera telah mengumumkan 23 pemain bagi skuad Mexico untuk temasya piala dunia kali. Kejutan juga berlaku apabila beliau memasukkan Carlos Salcido yang berusia 34 tahun, yang tidak terlibat dalam perlawanan persahabatan dalam skuad Mexico sebelum ini.

    Turut tidak terlepas dalam skuad ini, Rafael Marquez, bekas pemain Barcelona yang kini bermain untuk kelab Leon. Javier Hernandez Chicharito turut disenaraikan walaupun persembahannya yang kurang memberangsangkan pada musim ini.






    Tetapi, persoalan telah timbul apabila Carlos Vela, yang telah menjaringkan 18 gol buat Real Sociedad musim ini tidak disenaraikan dalam skuad Mexico. Admin rasa macam pelik semacam sebab Carlos Vela memang perform gila di Real Sociedad.

    Ada saja kontroversi dalam pemilihan skuad piala dunia kali ini. Admin akan kupas lagi untuk negara-negara lain jika ada yang tak terpilih walaupun perform.

    Walaubagaimanapun, berikut adalah skuad penuh untuk Mexico kali ini:


    Mexico squad
    Goalkeepers:
     Jesus Corona (Cruz Azul), Alfredo Talavera (Toluca), Guillermo Ochoa (AC Ajaccio/FRA)

    Defenders: Paul Aguilar, Miguel Layun (both Club America), Hector Moreno (Espanyol/ESP), Diego Reyes (FC Porto/POR), Francisco Rodriguez (Club America), Rafael Marquez (Leon), Carlos Salcido (Tigres)

    Midfielders: Hector Herrera (FC Porto/POR), Jose Juan Vazquez (Leon), Juan Carlos Medina (Club America), Carlos Pena (Leon), Isaac Brizuela (Toluca), Luis Montes (Leon), Marco Fabian (Cruz Azul), Andres Guardado (Bayer Leverkusen/GER)

    Forwards: Oribe Peralta (Santos Laguna), Javier Hernandez (Manchester United/ENG), Raul Jimenez (Club America), Alan Pulido (Tigres), Giovani dos Santos (Villarreal/ESP)

    -bergkamp-

    View the original article here

  • Tempoh masa kelab EPL di puncak liga




    Di hari terakhir game EPL ini, admin tertanya-tanya, antara Arsenal, Chelsea, Liverpool dan Manchester City, kelab manakah yang paling lama berada di takhta liga??

    Untuk itu, mari kita tengok berapa banyak hari kelab-kelab ini dapat mempertahankan kedudukan ditakhta liga ketika musim 2013-2014 berlangsung:



    Number of days at the top of the Premier League:
    -Arsenal = 128 days
    -Chelsea = 64 days
    -Liverpool = 59 days
    -Manchester City = 11 days

    Tengok ja statistik ni, rasa nak jerit ja. Arsenal berada di takhta liga lebih kurang 4 bulan. Malangnya, Arsenal terlepas lebih kurang 12 point pada bulan January, sehingga tercicir ke kedudukan ke-4. Sememangnya agak malang buat Arsene Wenger.



    Manchester City yang hanya berada di takhta liga selama 11 hari lebih pula bakal dinobatkan sebagai juara. Betul lah kata orang, consistency itu sangat penting. Meletup pada awal musim tapi bila di pertengahan musim ceroi pun tak guna.

    Pendek kata, segala-gala kemungkinan berlaku dalam EPL ni. Bak kata pepatah, Yang Kuat Baham Yang Lemah tapi pepatah ni dah tak dapat digunakan lagi sebab kelab yang biasa macam Sunderland  pun boleh makan kelab-kelab besar. Hahaha~

    -bergkamp-

    View the original article here

  • Tuesday, 13 May 2014

  • Abg Ibra, moh kome datang Brazil


    Setelah tersingkir dari World Cup 2014, Ibra yang kecewa telah pergi bercuti bagi mengubat luka di hatinya.



    Namun, para peminatnya di Brazil termasuk pemain bola dari Brazil telah memuat naik video menjumputnya ke Brazil.




















    View the original article here

  • Copyright @ 2013 Portrait Sukan.