Friday, 28 March 2014

  • Formula 1 : 2014 FIA Formula One World Championship Race Calendar

    type='html'>
    Perlumbaan Formula Satu musim 2014 akan bermula bulan ini dengan 22 pelumba daripada 11 pasukan akan bersaing merebut kejuaraan musim 2014. Juara bertahan, Sebastian Vettel dari pasukan Red Bull Racing pastinya akan berusaha mempertahankan gelaran yang dimenanginya musim lalu. Namun cabaran pelumba-pelumba lain seperti Fernando Alonso, Lewis Hamilton, Kimi Raikkonen, Nico Rosberg dan pelumba-pelumba lain pastinya tidak memberikan jalan mudah kepada beliau mempertahankan gelaran musim ini.

    Pelbagai persiapan jentera pasukan juga dilakukan oleh pasukan masing-masing bagi menghadapi musim ini dengan lebih mencabar. Perubahan pelumba juga dilakukan oleh pasukan masing-masing bagi mencabar kejuaraan dunia musim 2014. 

    Pada pandangan Bual Sukan, kejuaraan musim 2014 pastinya menjanjikan saingan sengit apatah lagi setiap pelumba pastinya ingin mengajikan persembahan terbaik melalui jentera pasukan masing-masing. Berikut adalah jadual perlumbaan F1 musim 2014 akan datang :

    14 - 16 Mac : Formula 1 Rolex Australian Grand Prix (Melbourne)
    28 - 30 Mac : Formula 1 Petronas Malaysian Grand Prix  (Sepang) 
    04 - 06 April : Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix (Sakhir)
    18 - 20 April : Formula 1 UBS Chinese Grand Prix (Shanghai)
    09 - 11 Mei : Formula 1 Gran Premio De España Pirelli 2014 (Catalunya) 
    22 - 25 Mei : Formula 1 Grand Prix De Monaco 2014 (Monte Carlo) 
    06 - 08 Jun : Formula 1 Grand Prix Du Canada 2014 (Montréal) 
    20 - 22 Jun : Formula 1 Grosser Preis Von Österreich 2014 (Spielberg)
    04 - 06 Julai : Formula 1 Santander British Grand Prix (Silverstone)
    18 - 20 Julai : Formula 1 Grosser Preis Santander Von Deutschland 2014 (Hockenheim)
    25 - 27 Julai : Formula 1 Pirelli Magyar Nagydíj 2014 (Budapest)
    22 - 24 Ogos : Formula 1 Shell Belgian Grand Prix (Spa-Francorchamps)
    05 - 07 September : Formula 1 Gran Premio D'italia 2014 (Monza)
    19 - 21 September : Formula 1 Singapore Grand Prix (Singapore)
    03 - 05 Oktober : Formula 1 Japanese Grand Prix (Suzuka)
    10 - 12 Oktober : Formula 1 Russian Grand Prix (Sochi)
    31 Oktober - 02 November  : Formula 1 United States Grand Prix (Austin)
    07 - 09 November : Formula 1 Grande Prêmio Do Brasil 2014 (São Paulo)
    21 - 23 November : Formula 1 Etihad Airways Abu Dhabi Grand Prix (Yas Marina) 

    View the original article here

  • 0 comments:

    Post a Comment

    Copyright @ 2013 Portrait Sukan.