We Help You To Renovate Your Blogger Blog With Awesomeness!

Monday, 17 November 2014

  • ke pesbok

    link ke pasbok

    tekan disini
  • Wednesday, 2 July 2014

  • (Video) We Are One Ole Ola - Pitbull- Lagu rasmi FIFA World Cup 2014




    Ini dia video lagu rasmi piala dunia FIFA 2014 Brazil. 

    Tajuk: We Are One (Ole Ola)

    Artis: Pitbull feat. Jennife Lopez & Claudia Leitte




    View the original article here

  • Tuesday, 1 July 2014

  • Biar Betik!! Kelab Reading dijual pada harga serendah RM5 je..


    Adakah anda pernah bermimpi untuk memiliki sebuah kelab bola sepak berprestij? Now, your dream might be come true..kini pemilik kelab Reading yang bersaing di liga Championship England akan menjual kelab itu pada harga serendah £1 atau RM5 jer..











    Want to own a football team? Buy Reading FC for £1...



    Biar betik!! tapi, kalau engko nak beli, bersedialah menampung beban hutang sebanyak £38juta atau sekitar RM205juta...fuyooo!





    View the original article here

  • Monday, 30 June 2014

  • Fuyoo! Moyes kembali dan terus masuk Champions League??


    Reputasinya memang teruk terjejas ketika menjadi pengurus Manchester United dan mencatat banyak sejarah pahit di Old Trafford sehingga kelab gergasi itu tersungkur jauh hampir ke pertengahan liga EPL.







    Engko memang bertuah lah Moyes... 



    Namun di kala United gagal mencuri tempat di Liga Juara-juara Eropah musim depan, Moyes yang dipecat April lalu itu berkemungkinan besar akan mengemudi sebuah lagi pasukan yang bakal bersaing di Champions League.



    Pengunduran Neil Lennon di Celtic kini membuka ruang kepada Moyes sebagai pengurus baru kelab gergasi Scotland itu. Sekiranya dia terpilih, inilah peluang Moyes untuk memperbaiki reputasinya yang teruk terjejas di Old Trafford.






    Neil Lennon ketika menjadi pengurus Celtic

    Celtic telah memenangi tiga gelaran liga dan dua piala Scottish dalam tempoh empat tahun di bawah kendalian Neil Lennon yang akan menjadi pengurus baru pasukan Norwich. 



    Adakah Moyes pilihan terbaik Celtic? only times will tell us how...



    Lagi Info Menarik:




    View the original article here

  • Sunday, 29 June 2014

  • Hai-O jawab gosip panas dengan Fara Fauzana


    Kapten pasukan bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Hairuddin Omar, menjelaskan dia bersimpati dengan nasib Fara Fauzana,34, apabila personaliti itu digosipkan bercinta dengannya.



    Hairuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Hai-O, 35, turut meminta semua pihak agar tidak mengaitkan mereka lagi memandangkan dia dan Fara tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa.

    “Kami tidak bercinta dan tidak pernah pun keluar bersama. Cukuplah! Jangan buat andaian yang tidak betul. Kesian dengan dia (Fara),” kata Hairuddin seperti yang dilaporkan mStar online.

    Hairuddin yang juga bekas pemain bola sepak kebangsaan diminta mengulas sejauh manakah kebenaran gosip kononnya dia dan Fara bercinta.

    Fara dalam kenyataannya kepada mStar Online pada Rabu lalu turut menepis tuduhan berkenaan sebaliknya berasa kecil hati apabila timbul pula cerita kononnya dia bertudung atas permintaan bintang sukan berkenaan.

    Tambah Hairuddin, Fara membuat keputusan bertudung tiada kena-mengena dengannya kerana ia adalah kehendak wanita itu sendiri.

    Malah katanya, apabila tersebar gosip berkenaan Fara ada menghantar mesej kepadanya sambil memberitahu agak sedih dengan berita yang tersebar.

    Ditanya sejauh manakah dia mengenali Fara ujar Hairuddin, mereka bertemu kira-kira tujuh tahun lalu ketika Fara bersama kru Hot FM singgah di restorannya di Terengganu. – Malaysian Digest

    P/s: Semoga Fafau dapat jodoh yang terbaik yer!!



    Lagi Info Menarik:






    View the original article here

  • Saturday, 28 June 2014

  • Jersey baru Real Madrid warna pink yang memang jambu!


    Ini dia jersey terbaru Real Madrid yang akan digunakan sebagai jersey ketiga mereka untuk musim baru 2014/2015 ini. Jersey warna pink ini memang betul-betul akan buatkan mereka jadi jambu!! ekekeke








    Jersey ketiga Real Madrid musim 2014/2015
    Apa kata Cristiano Ronaldo pula? I think dia akan sukeeee...






    Ronaldo with seluar pendek pink..

    Lagi Info Menarik:


    View the original article here

  • Friday, 27 June 2014

  • Jom tengok sepakan penalti paling lawak tapi tak juga


    Sepakan penalti paling lawak musim ini..mmmm..mungkin tak juga. Sepakan ini dilakukan oleh pemain Maldives menentang Afghanistan dalam saingan play-off AFC Challenge Cup.



    Mungkin pemain itu sengaja menjatuhkan diri untuk memperdayakan si penjaga gol..

    But..that's really hurt I think..ouch!! stomachache!! Nasib baik gol juga..



    Lagi Info Menarik:


    View the original article here

  • Thursday, 26 June 2014

  • Keputusan #ThomasCupFinal - Malaysia tewas bermaruah

    Keputusan #ThomasCupFinal - Malaysia tewas bermaruah dalam perlawanan akhir Piala Thomas yang terpaksa berlangsung sehingga 5 game..perlawanan paling dramatik. Itu saja yang mampu gua cakap. Malaysia bermain bersungguh-sungguh tapi at the end, the better team win. Tahniah Jepun.



    Jepun menang dengan keputusan 3-2.






    Kapten negara, Darren Liew tewas di set ketiga....

    Lagi Info Menarik:


    View the original article here

  • Keputusan akhir Piala Liga Juara Eropah: Real Madrid 4-1 Atletico Madrid

    Keputusan akhir piala Liga Juara-juara Eropah musim 2013/2014.



    Real Madrid 4 - 1 Atletico Madrid

    (Sergio Ramos 93', Gareth Bale 110', Junior Marcelo 118', Cristiano Ronaldo 120' Pen) 4- 1 (Diego Godin 36')






    Tandukan Gareth Bale menjadi titik pemusnah buat Real Madrid untuk memenangi Liga Juara



    Real Madrid berjaya memenangi Liga juara buat kali kesepuluh dalam sejarah kelab itu selepas menewaskan Atletico Madrid dalam satu perlawanan penuh dramatik ketika perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan.



    Lagi Info Menarik:


    View the original article here

  • Wednesday, 25 June 2014

  • Keputusan final Liga Juara Eropah: Madrid mana satu?


    Perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah musim 2013/2014 di antara Real Madrid dan Atletico Madrid akan berlangsung awal pagi esok, jam 2.45am.



    Pasukan Madrid mana satu kah yang akan menang? Adakah Real atau Atletico? Kedua dua pasukan ini datang dari bandar yang sama tapi mempunyai perbezaan yang ketara terutama dari segi populariti pemain dan status kewangan kelab.



    Real Madrid mempunyai ramai pemain ternama dan bertaraf bintang seperti Cristiano Ronaldo, Gareth Bale, Karim Benzema, dan sebagainya. Selain itu, Real juga mempunyai status kewangan yang cukup utuh dan merupakan antara kelab bola sepak terkaya di dunia.






    Diego Simeone

    Manakala Atletico pula mengalami masalah kewangan sejak musim lalu dan mempunyai barisan pemain kurang ternama. Namun jurulatih mereka, Diego Simeone berjaya mentransformasikan kelab itu menjadi salah satu kelab paling digeruni ketika ini. Minggu lalu, mereka baru sahaja dinobatkan sebagai juara baru Liga Sepanyol sekaligus memecahkan rekod penguasaan Barcelona dan Real Madrid yang saling bertukar tangan menjuarai gelaran itu sejak 2004.



    Adakah Atletico bakal mencipta satu lagi sejarah dalam arena bola sepak Eropah atau Real yang akan menambah satu lagi koleksi siri piala Liga Juara mereka? We'll see...


    Keputusan akhir Liga Juara Eropah:



    Real Madrid 4-1 Atletico Madrid



    Lagi Info Menarik:


    View the original article here

  • Tuesday, 24 June 2014

  • Kita lihat apa yang berlaku kepada Harimau Malaya selepas 4 tahun


    Ayahandanya dah pegang kerusi itu selama 30 tahun dan sebagai rakyat Malaysia, kita dah boleh menilai sejauh mana pencapaian skuad negara sehingga kini. Nak kata layak ke Olimpik, tak dapat juga, inikan pula Piala Dunia. Dulu, kita layak masuk Piala Asia pun sebab kita jadi tuan rumah bersama. Masa tu, skuad kebangsaan kita jadi pasukan belasahan..memang memalukan.



    Tapi sejak empat lima tahun lalu, prestasi skuad kebangsaan nampaknya menunjukkan peningkatan ketara selepas berjaya menjulang Piala AFF 2010 dan menang pingat emas berturut-turut dalam dua siri Sukan SEA (2009 dan 2010). Sebelum ini, kita juga menang pingat emas Sukan Sea pada tahun 1989.



    Namun, adakah legasi Sultan Ahmad Shah ini mampu ditransformasikan lebih baik oleh anakandanya, Tengku Abdullah, setelah dipilih sebagai presiden baru FAM?






    Presiden baru FAM, Tengku Abdullah



    Tengku Abdullah juga merupakan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia. Jika kita lihat pencapaian skuad hoki negara ketika ini, memang sangat membanggakan. Skuad hoki remaja sudah beraksi di pentas piala dunia remaja manakala skuad utama negara pula bakal beraksi di Hoki Piala Dunia hujung tahun ini. 



    Apa pun, semuanya itu bukan berlaku sekelip mata saja dan memerlukan perancangan yang teliti dari awal. Sebagai penyokong sukan bola sepak negara, kita pastinya mahu melihat skuad Harimau Malaya beraksi di pentas tertinggi Piala Dunia sebagaimana yang dilakukan oleh skuad hoki negara walaupun hakikatnya format pertandingan kedua jenis sukan ini berbeza.



    Mampukah impian bola sepak negara ini tercapai di bawah kepimpinan Tengku Abdullah? ayahandanya kata kita perlu tunggu empat tahun..harap-harap selepas empat tahun, kita dah boleh nampak benih-benih transformasi itu.



    Lagi Info Menarik:


    View the original article here

  • Monday, 23 June 2014

  • Malaysia ke Final, Lin Dan gigit jari, China dimalukan Jepun


    Entri ini lari sikit dari niche blog tapi tak per..sebagai rakyat Malaysia yang menyokong negara dalam pelbagai bidang sukan, gua sisipkan juga entri pasal badminton...hehe..ye lah, Malaysia kan dah masuk final Piala Thomas semalam..


    Ini adalah peluang terbaik Malaysia untuk memenangi piala Thomas yang kali terakhir kita menangi ialah pada tahun 1994. Di final nanti, Malaysia akan bertemu Jepun selepas menyingkirkan Indonesia 3-0 di New Delhi, India, semalam. 



    Jepun pula sebelum itu telah memalukan juara bertahan, China dengan straight set 3-0. Malu China wei...pemain yang mereka turunkan pun bukan calang-calang. Kemenangan straight set Jepun itu menyebabkan Lin Dan terpaksa gigit jari kerena tidak sempat bermain sebagai perseorangan ketiga pasukan China...hohoho..Chen Long pun kalah awal-awal oleh Kenichi Tago.



    Bagi gua la kan, Jepun kini adalah pilihan utama untuk memenangi piala Thomas selepas menyingkirkan China dengan mudah dan Malaysia perlu lebih berhati-hati...bak kata omputih, expect the unexpected..



    Lagi Info Menarik:


    View the original article here

  • Sunday, 22 June 2014

  • Malcolm Glazer mati, peminat Manchester United bersorak gembira


    Bagi korang yang tak kenal, Malcolm Glazer bukanlah pemain atau pengurus Manchester United tapi dia merupakan pemilik kelab itu. 






    Malcolm Glazer (Pic via metro uk)
    Sejak dia membeli United pada tahun 2005, banyak peminat yang membencinya kerana kewangan kelab United dimanfaatkan oleh keluarga Glazer untuk tujuan menampung hutang mereka sendiri.

    Pada tanggal 28 Mei lalu, Malcolm Glazer telah meninggal dunia dan berita ini jelas membuatkan sebahagian besar peminat United bersorak gembira. Seperti biasa...laman twitter menjadi medan untuk meluahkan rasa gembira mereka tu.














    At least peminat United ada sebab untuk bergembira musim ini walaupun tak menang apa-apa piala...oh..lupa, Malcolm dah mati, tapi masih ada lagi tiga orang anak Glazer kat United...Bryan Glazer, Avi Glazer and Joel Glazer..






    Adik beradik Glazer (pic via theguardian)
    ekekeke...


    Lagi Info Menarik:


    View the original article here

  • Saturday, 21 June 2014

  • Menang Piala FA, Pahang ke Piala AFC tahun depan


    Shah Alam: Pemain tengah Pahang, Mohd Faizol Hussain yang dinobatkan pemain terbaik final Piala FA malam kelmarin tidak pernah meragui kemampuan rakan sepasukannya untuk bangkit walaupun ketinggalan pada sebahagian besar perlawanan.






    Mohd Faizol Husain raikan jaringan pertama Pahang (Pic via Harian Metro)


    “Apabila dimasukkan ketika pasukan ketinggalan, saya merasa sedikit tekanan. Namun keyakinan saya tetap menebal untuk kami mempamerkan kebangkitan kerana sudah banyak kali kami melakukannya terutamanya dalam aksi Liga Super.

    Terdapat perlawanan di mana kami ketinggalan kepada lawan namun berjaya bangkit, itu yang mencetuskan keyakinan,” katanya yang meraih piala ketiga bersama Pahang selepas Piala Malaysia 2013 dan Sumbangsih pada awal tahun ini.

    Pemain gantian itu hadir pada minit ke-70 menggantikan Azidan Sarudin dan dia tidak perlu menunggu lama untuk meledak jaringan penyamaan apabila rembatan kencangnya dari luar kotak penalti gagal dijangkau penjaga gol FELDA United, Mohd Farizal Harun pada minit ke-79 untuk menceriakan kira-kira 50,000 penyokong Tok Gajah di Stadium Shah Alam.

    “Ketika itu saya tidak mempunyai banyak pilihan dan masa semakin suntuk, jadi saya melepaskan rembatan dan syukur ia menerjah jaring.

    Namun dalam sesi latihan saya selalu berlatih menjaringkan gol dari luar kotak penalti,” katanya yang turut meledak jaringan hampir sama ketika menumbangkan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) di separuh akhir.

    Malah menerusi sepakan percuma yang dilakukannya pada minit ke-89, berjaya disambut seorang lagi pemain gantian, Zesh Rahman untuk disudahkan Dickson Nwakaeme bagi membolehkan Pahang menang 2-1 sekali gus menjuarai edisi ke-25 serta menempah slot ke Piala AFC tahun depan. - hmetro

    P/s: Tahniah Pahang...tahniah FELDA United..cuba lagi tahun depan JDT!!



    Lagi Info Menarik:






    View the original article here

  • Friday, 20 June 2014

  • Mimpi ngeri Jerman sebelum piala dunia

    Belum pun mula saingan piala dunia Brazil, Jerman dah alami mimpi ngeri kerana terpaksa melepaskan salah seorang tonggak utama pasukan iaitu Marco Reus selepas mengalami kecederaan teruk di bahagian ligamen buku lalinya. Dia tercedera ketika beraksi dalam perlawanan pemanas badan menentang Armenia pada Jumaat.






    Reus alami kecederaan buku lali
    Pemain sayap Borussia Dortmund itu bakal digantikan oleh pemain pertahanan Sampdoria, Shkodran Mustafi.

    Walau bagaimanapun, kecederaan yang dialami Reus itu tidak memerlukan pembedahan dan akan diberikan rawatan selama dua bulan. Reus juga diramal cergas sepenuhnya pada saingan Bundesliga musim baru nanti.



    Lagi Info Menarik:






    View the original article here

  • Thursday, 19 June 2014

  • Moyes kempunan lagi..Tottenham pilih Pochettino


    Selepas dipecat oleh Manchester United, kini Moyes kerjanya cuma main golf dan berhibur kat kelab malam...dulu, dia pernah dikaitkan sebagai calon terbaik untuk menggantikan Tim Sherwood di Tottenham. Namun semuanya sudah terjawab sekarang..

    Moyes kempunan lagi..Tottenham pilih Mauricio Pochettino yang juga bekas pengurus Southampton.






    Mauricio Pochettino
    Tapi tak per Moyes..dengar kata, Celtic berminat nak tawarkan kontrak kepada engko, harap-harap lah boleh sangkut yer..kalau sangkut, jangan pula cipta sejarah baru macam kat United..tunjukkan yang engko memang 'The Genius'.

    Ekekeke..

    Lagi Info Menarik:


    View the original article here

  • Wednesday, 18 June 2014

  • Panda akan jadi tukang ramal keputusan World Cup Brazil


    Panda comel ini akan jadi tukang ramal keputusan World Cup di Brazil yang akan berlangsung tidak lama lagi. 






    Panda ini jadi tukang ramal piala dunia Brazil
    Tapi jangan konpius..panda ini bukan pasangan panda yang disewa oleh Najib tu yer..ini adalah panda yang bermastautin tetap kat Sichuan, China. Menurut Metro UK, panda ini telah dijadikan tukang ramal sebagai pengganti si sotong kurita bernama Paul yang begitu hebat meramal keputusan Euro 2012 lalu.






    Paul the Octopus berjaya meramal keputusan Euro 2012

    Tapi sayang, si Paul dah meninggal dan kini akan digantikan oleh si panda..kita tunggu dan lihat sama ada si panda ini bisa meramal dengan betul atau tidak keputusan piala dunia di Brazil nanti.



    Lagi Info Menarik:


    View the original article here

  • Tuesday, 17 June 2014

  • Pemain bola sepak Malaysia tak tahan kena psyko, tanda mentaliti lemah


    ARAU: Perlawanan bola sepak pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 dicemari dengan insiden kekecohan antara pemain Sarawak dengan penyokong tuan rumah, Perlis, di Stadium UiTM Perlis di sini, hari ini.



    Insiden provokasi penyokong tuan rumah dengan membaling objek ketika pemain keluar padang mencetuskan kekecohan apabila pemain Sarawak mula bertindak dengan membaling semula objek ke arah penyokong.

    Sarawak, yang kalah 4-1 pada perlawanan itu, dikatakan tidak tahan dengan serangan provokasi penyokong selepas perlawanan berakhir dan mula membalas cemuhan penyokong dengan melontar semula objek yang dibaling oleh penyokong.

    Keadaan tersebut berlarutan selama 10 minit sebelum dikawal oleh anggota sukarelawan dan polis bertugas.

    Pengurus Pertandingan, Jamil Che Mat berkata, anggota keselamatan bertindak pantas untuk meredakan ketegangan serta meminta penyokong supaya mengawal emosi dan memberi sokongan secara beradab.


    Selain Perlis, pasukan lain yang layak ke suku akhir ialah Sabah, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Johor dan Negeri Sembilan. - Bernama

    P/s: Bila tak tahan kena psyko..ini lah jadinya...tanda bahawa tahap mentaliti pemain bola sepak tempatan masih rendah..



    Lagi Info Menarik:


    View the original article here

  • Monday, 16 June 2014

  • Senarai pemain pasukan Argentina untuk Piala Dunia 2014


    Senarai pemain pasukan Argentina untuk Piala Dunia 2014




    Goalkeeper:

    Sergio Romero - AS Monaco (FRA

    Agustin Orion - CA Boca Juniors (ARG)

    Mariano Andujar - Calcio Catania (ITA)



    Defender:

    Ezequiel Garay - SL Benfica (POR)

    Hugo Campagnaro - FC Internazionale (ITA)

    Pablo Zabaleta - Manchester City FC (ENG)

    Martin Demichelis - Manchester City FC (ENG)

    Marcos Rojo - Sporting CP (POR)

    Federico Fernandez - SSC Napoli (ITA)

    Jose Maria Basanta - CF Monterrey (MEX)



    Midfielder:

    Fernando Gago - CA Boca Juniors (ARG)

    Lucas Biglia - SS Lazio (ITA)

    Angel Di Maria - Real Madrid CF (ESP)

    Enzo Perez - SL Benfica (POR)

    Maxi Rodriguez - CA Newells Old Boys (ARG)

    Agusto Fernandez - Celta Vigo (ESP)

    Javier Mascherano - FC Barcelona (ESP)

    Ricardo Alvarez - FC Internazionale (ITA)



    Forward:

    Gonzalo Higuain - SSC Napoli (ITA)

    Lionel Messi - FC Barcelona (ESP)

    Rodrigo Palacio - FC Internazionale (ITA)

    Sergio Aguero - Manchester City FC (ENG)

    Ezequiel Lavezzi - Paris Saint-Germain FC (FRA)



    Coach: Alejandro Sabella



    Lagi Info:






    View the original article here

  • Sunday, 15 June 2014

  • Senarai pemain pasukan Brazil untuk Piala Dunia 2014





    Goalkeeper:

    Victor - Atletico Mineiro (BRA)

    Jefferson - Botafogo FR (BRA)

    Julio Cesar - Toronto FC (CAN)



    Defender:

    Dani Alves - FC Barcelona (ESP)

    Thiago Silva - Paris Saint-Germain FC (FRA)

    David Luiz - Chelsea (ENG)

    Maicon - AS Roma (ITA)

    Henrique - SSC Napoli (ITA)

    Maxwell - Paris Saint-Germain FC (FRA)

    Dante - FC Bayern Muenchen (GER)

    Marcelo - Real Madrid CF (ESP)



    Midfielder:

    Fernandinho - Manchester City FC (ENG)

    Paulinho - Tottenham Hotspur FC (ENG)

    Oscar - Chelsea FC (ENG)

    Ramirez - Chelsea FC (ENG)

    Luiz Gustavo - VfL Wolfsburg (GER)

    Hernanes - FC Internazionale (ITA)

    Willian - Chelsea FC (ENG)



    Forward:

    Hulk - FC Zenit St. Petersburg (RUS)

    Fred - Fluminense FC (BRA)

    Neymar - FC Barcelona (ESP)

    Bernard - Shakhtar Donetsk (UKR)

    Jo - Atletico Mineiro (BRA)



    Coach: Luiz Felipe Scolari



    Lagi info:






    View the original article here

  • Senarai pemain pasukan France untuk Piala Dunia 2014



    Senarai pemain pasukan France @ Perancis untuk Piala Dunia 2014




    Goalkeeper:

    Hugo Lloris

    Stephane Ruffier

    Micheal Landreau



    Defender:

    Mathieu Debuchy

    Patrice Evra

    Raphael Varane

    Mamadou Sakho

    Eliaquim Mangala

    Bacary Sagna

    Lucas Digne

    Laurent Koscielny



    Midfielder:

    Yohan Cabaye

    Remy Cabella

    Mathieu Valbuena

    Rio Mavuba

    Blaise Matuidi

    Moussa Sissoko

    Morgan Schneiderlin

    Paul Pogba



    Forward:

    Olivier Giroud

    Karim Benzema

    Antoine Griezmann

    Loic Remy



    Coach: Didier Deschamps



    Lagi Info Menarik:






    View the original article here

  • Copyright @ 2013 Portrait Sukan.